Projek Pertama Untuk MRS USM: Cygatec



Wow.... last update aku adalah pada 20th Julai 2011... lama gila tak update blog kesayangan aku nie... hehehehehhe... well... im a busy man... hahahaha... yup! terlalu busy dengan benda gila memecahkan otak...

Updating my life dengan benda memakan hati, jiwa dan raga... antaranya Cygatec atau nama panjangnya, Cyber and Gaming Technologi for Counseling... (BM: Teknologi Siber dan Permainan untuk Kaunseling)... yang fokus kepada teknologi yang dapat membantu dalam aspek kaunseling contohnya kerjaya, tanggani stress, perniagaan, keyakinan diri dan sebagainya la..

Antara fokus yang diterapkan ada 4 iaitu:
1. Teknologi Siber - Fokus kepada internet yang dapat membantu masyarakat dalam kerjaya, stress, peluang perniagaan, keyakinan diri, informasi meningkatkan kayakinan diri, sosial dan sebagainya.

2. Teknologi Permainan - Permainan dah lama dihati semua masyarakat sekarang.... apa yang korang buat bila tension? Movie? Tidor? Dengar lagu? sesetengah orang main game nak releasekan tension.... selain tuh fokus cygatec adalah memperkenalkan teknologi ini kepada masyarakat dan kaitan dalam peluang perniagaan dan kerjaya.

3. Teknologi Kontemperari: Teknogi semasa yang sekarang digilai ramai antaranya Tablets, Smartphones dan juga Ultrabook....!

4. Kaitan Teknologi dan Kaunseling: Fokus dalam memperkenalkan kaitan aspek kaunseling dan teknologi...

So... aku n ajk cygatec akan try ajak banyak company di malaysia ni join cygatec antaranya Nokia (Baru melancarkan Nokia Lumia phones line (Sebuah line telefon Windows P 7), HTC (Terbaik dalam pengeluaran smartphone Android), Samsung (Baru melancarkan smartphone 5.5 inci (x silap aku) pertama didunia dan femes dalam galaxy tab 10.1 depa....), Acer dan Asus (Melancarkan Ultrabook), Lenovo (Tablet canggih nama per tah...) dan banyak lagi... selain syarikat kami juga try panggil peniaga-peniaga di sekitar untuk berniaga di tech fair dan mini carnival...

Banyak hari difikirkan dengan keadaan Narloo sekarang tidak menentu.... Narloo sekarang strunggle mendapatkan jumlah pembaca... dan for your information Narloo sekarang cuba mendapatkan hak partnership media dengan cygatec... yup... walaupun aku CEO (xblehblah) kepada Narloo dan Ketua Projek untuk Cygatec....  aku harus minta pandangan kedua-dua belah pihak... Narloo nampaknya aku seorang sahaja bergerak (walaupun ada directors.... ermmm...)... untuk naikkannya... selain tuh Narloo juga akan memperkenalkan Narloo Store (Narloo Mall) yang mana fokus kepada perniagaan online dan akan mempunyai fesyen line tersendiri... fesyen line yang fokus kepada element internet dan budaya internet... macam memes... mungkin next time korang pakai baju memes...! =) So tunggu apa resultnya selepas berbincang dengan directors lain... (yer la tuh... aleh2 aku sorang jugak...)... dan penting media partnership dengan Cygatec.... 

Selain tuh Cygatec akan menjemput rakan media lain macam Amanz.my... hub41.com... dan banyak lagi... nampak banyak... tapi yang akan join hanya satu dua jer... hahaha... well... thanks reading luahan perasaan aku pada 7/11/11.... raya pun x sehappy selalu semalam... hehe... =)