Danny?

Muhammad Danial Jafni atau lebih dikenali sebagai Danny dilahirkan pada 3 Ogos 1990 di Hospital Bersalin Pulau Pinang, yang sekarang menuntut di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang dalam bidang Kejuruteraan Polimer.

Dari mana datangnya Dannyrism?

Starz Zonez (Szonez)

Startz Zonez (Szonez) merupakan titik permulaan karier penulis dalam bidang internet pada 2006. SZonez merupakan majalah picisan tidak rasmi bagi pelajar tingkatan 5 sains 2. Majalah ini ditulis oleh penulis sendiri dengan bantuan beberapa orang rakan. Akhirnya majalah ini dibawa kedunia internet dengan menggunakan Blogger.com sebagai platform untuk berhubung antara penulis dan rakan. Blog yang diberinama Szonez ini kemudiannya berubah kepada pembina laman komuniti Ning.com. Melihat potensi Ning.com yang tidak baik, laman ini kembali berubah kepada pesaing Ning.com iaitu Flux.com. Flux.com memberi peluang kepada pembina laman web pada ketika itu untuk kustomkan template mereka menggunakan CSS. Disitu, penulis belajar mengenai CSS dan diaplikasikan dalam blog pertama penulis.

DNetwork


Network pertama dibina oleh penulis sekitar tahun 2007/2008. Laman web pertama diberi nama DVariety dengan mengadungi berita, navigasi web, peta, tv online dan radio online. Kemudian DVariety diganti dengan DCenter sebagai Homepage baru kepada DNetworks yang mempunyi fungsi yang hampir serupa dengan DVariety. Selain DCenter, web lain seperti DSports, DTV dan DRadio juga dibina. Szonez menjadi komuniti rasmi bagi network ini. DNetworks dengan rasminya melabuhkan tirai pada pertengah 2008.

Daflie


Daflie merupakan pengganti kepada Daflie. Konsep yang sama diteruskan didalam project ini. Beberapa web daripada DNetworks diteruskan seperti DVariety 2.0, Szonez 2.0, DTV Updates dan DRadio Updates. DSport ditukarkan kepada SportTitan. Daflie menutup semua laman web secara rasmi pada akhir 2008.

Jadjaz

Jadjaz merupakan projek ke 4 semasa penulis berada di matrikulasi tahun pertama. Jazjad merupakan laman web paling berjaya pernah dijalankan penulis. Szonez 3.0 menjadi komunti rasmi manakala SportsTitan menjadi laman sukan rasmi bagi Jadjaz. Jadjaz menutup websitenya pada pertengahan 2009 selepas idea untuk membina sistem operasi berbasekan web diutarakan dalam persentation English bertajuk "Future Things".

Narloo

Asal terciptanya Narloo adalah daripada idea untuk membina sistem operasi mini dalam presentation English. Idea ini disokong oleh rakan-rakan dan juga pensyarah penulis pada ketika itu. Akhirnya selepas menyiapkan mind map kepada os ini, dengan rasminya diumukan pada pertengahan 2009 bahawa OS ini akan dijangka dilepaskan pada umum pada akhir 2009 atau awal 2010 dengan menggunakan Chromium OS sebagai base kepada sistem operasi ini. Projek ini berlanjutan dan dihentikan seketika.

Narloo Project

Narloo Project merupakan project laman web, sistem operasi dan laman marketplace. Projek ini berjalan dengan lancar. Projek ini merupakan latihan kepada penulis sebagai latihan awal untuk pembinaan laman web yang lebih besar pada kemudian hari.

Narloo Project 2

Narloo Project 2 merupakan projek pengubahan nama Jazjad kepada Narloo. Selain itu sebuah browser juga akan dibina yang dinamakan Narloo Siput basekan kepada Mozilla Firefox 3. Sementara itu Narloo mula menceburi bidang video web siries.

Narloo Project 3


Laman Narloo dilupuskan. Dalam projek ini, Narloo melepaskan Narloo Ribbon Curve Beta. Selain itu Narloo juga mengumumkan akan mengeluarkan sistem operasi berasaskan KDE. Selain itu blog Danny Jafni Talk juga dilahirkan penulis sebagai pengganti website Narloo. Selain itu, web ini juga berfungsi sebagai announcer Narloo Projects. Selain itu penulis juga mempunyai project berasingan bernama Danny Jafni Projects.

Narloo V4

Narloo V4 diumumkan pada akhir 2010 dimana Danny Jafni Talk akan dilupuskan, manakala Narloo TV akan memulakan penyiaran video di laman Youtube. Sebuah laman blog akan menggantikan Danny Jafni Talk.

Project Benzine

Project yang diberinama codename Project Benzine, project ini merangkumi blog Dannyrism dan Narloo TV. Selain itu pada 1 Jun 2011, penulis menggabungkan Purple Baked dengan Purple Store (suatu ketika dahulu dibernama Jazjad Market) dalam satu cabang dibawah Narloo yang diberinama Purple Marketplace. Selain itu, Narloo TV melancarkan Narlootech Edisi Malaysia. Sebuah mini pertandingan di adakan merupakan salah satu perancangan Project Benzine dalam memperkenalkan Narloo networks yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.