Projek Baru Q1 2012...!!!



Sudah sekian lama aku x update blog ni, akhirnya aku kembali menaip pada 1/1/2012...... hari aku nak umumkan bahawa aku akan jalankan beberapa projek terbaru Q1 2012...! hahaha... biasalah... Danny Jafni x pernah habis dengan projek-projeknya... =P




Berikut adalah antara projek yang bakal aku jalankan sekitar tahun 2012 untuk Q1...

PROJEK NARLOO

1. Narloo Project: 5th Avenue Kiosk
Projek Bermula: 1 Januari 2012
Jangkaan Tarikh Pelancaran: Akhir Februari 2012
Lokasi: Cafe Lembaran, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

Projek 5th Avenue Kiosk adalah hasil daripada projek benzine yang diumumkan Narloo pada Jun 2011 yang lalu. Kini ia memasuki fasa baru dengan dengan memperkenal 5th Avenue Kiosk. 5th Avenue Kiosk adalah projek pertama Narloo yang melibat perniagaan secara nyata dan pihak USM sendiri. Narloo telah dibenarkan oleh pihak HEPP USM untuk membuka kiosk di Cafe Lembaran seperti yang telah tertulis dalam surat perjanjian pada 23 Disember lalu.

2. Narloo Projek: 5th Avenue Online Mall
Projek Bermula: 3 November 2010
Jangkaan Tarikh Pelancaran: Awal Mac atau Akhir Mac 2012
Lokasi: Laman web Narloo.com

Projek ini adalah projek hasil daripada Purple Store yang dilancarkan oleh Narloo pada 3 November 2011 yang lalu bersama-sama dengan Purple Baked. Kedua-dua projek ini kemudiannya digabungkan menjadi sebuah projek. Hasilnya pada Desember 2011, Projek ini dinamakan semula kepaad 5th Avenue, seiring dengan projek 5th Avenue Kiosk.

Perjalanan Projek 5th Avenue
3 November 2010:
- Purple Baked dirancang oleh founder: ZuAida
- Purple Baked Dilancarkan melalui Facebook
- Laman blog rasmi Purple Baked Dilancarkan

Akhir December 2010:
- Purple Store Dilancarkan melalui Facebook

Q1 2011:
- Purple Marketplace diumumkan
- Purple Store bekerjasama dengan Campus Station

Q2 2011:
- Purple Store, Purple Baked dan Purple Marketplace disatukan dan dijenamakan semula

Q3 2011:
- Narloo mengambil alih projek  Purple Baked, Purple Store dan Purple Marketplace
- Purple Store dan Purple Marketplace disatukan dan dinamakan Narloo Store
- Purple Baked dikekalkan.

Q4 2011:
- Narloo Store ditukar kepada Narloo Mall

Disember 2011:
- Narloo mengumumkan 5th Avenue yang merangkumi dua projek iaitu 5th Avenue Online Mall dan 5th Avenue Kiosk.

PROJEK DANNYRISM

Projek dannyrism adalah projek persendirian aku dimana aku menjalankan kajian seperti membuat apps, video atau sebagainya. Hasil daripada projek ini akan disalurkan kepada Narloo. Projek ini juga mendapat sokongan Narloo. Contohnya seperti Narloo Ribbon OS adalah hasil projek persendirian pada suatu ketika dahulu sebelum diubah kepada Narloo.

1. Green Screen Project
Projek Bermula: N/A
Jangkaan Tarikh Pelancaran: N/A
Lokasi: N/A

Projek green screen dah lama nak buat tapi entah bila nak mula, sebelum ini projek seperti Rumah No 13 adalah projek menggunakan effect dan video buatan sendiri tanpa menggunakan video luar. Kali nie nak create something new dengan menggunakan Green Screen.

PROJEK PERSATUAN/KELAB

Projek persatuan kelab adalah projek hasil idea yang telah aku sumbangkan kepada persatuan atau kelab yang aku sertai. Malah ada certain-certain projek aku adalah ketua projek.

1. Cygatec
Projek Bermula: November 2011
Jangkaan Tarikh Pelancaran: 20 dan 21 April 2012
Lokasi: Dewan Utama
Status: Ketua Projek

Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini, ia adalah projek pertama aku yang disumbangkan kepada MRS.

2. MIMATES Recycle
Projek Bermula: N/A
Jangkaan Tarikh Pelancaran: 20 atau 21 April 2012
Lokasi: N/A
Status: Idea

Projek yang diketuai oleh timbalan aku, Syafiq Hamizan (Exco Multimedia dan Publisiti) adalah gabungan projek Cygatec dan Mimates dalam menyedarkan kepada masyarakat mengenai barangan elektronik yang boleh dikitar semula.