Kenapa "Anonymous" Nak Serang Portal Kerajaan Malaysia?


Berita demi berita, post demi post kita dengar hari ni... sebuah kumpulan hacker bernama Anonymous akan serang portal kerajaan malaysia (www.Malaysia.gov.my)... mengapa mereka nak serang portal nie?



Grafik yang dipost di sebuah laman web

Anonymous baru ja menerangkan hasrat pasai pa portal Malaysia Government patut diserang... Menurut kenyataan dari sebuah laman web "pastebin".... kumpulan ini bertindak untuk tuntutan penapisan oleh Kerajaan Malaysia dan yang terbaru menyekat laman-laman filesharing macam Pirate Bay dan Megaupload di Malaysia.

Anonymous juga tuduh yang kerajaan Malaysia nie salah satu kerajaan paling ketat dan strict dalam dunia... selain tuh... mereka juga menuduh kerajaan malaysia menapis filem, rancangan televisyen dan internet adalah merupakan hak dasar manusia... Kerajaan Malaysia tidak ada hak untuk sekat semua tuh...

“We fear that if you make further decisions to take away human freedom, we are obligated to act fast and have no mercy,” kata kumpulan ni selasa lalu



Komen dalam video:
Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

Selain tuh sebuah video di upload di youtube.. memberi masej yang sama kepada kerajaan Malaysia. Anonymous akan melancarkan serangan pada 7.30 GMT pada hari Rabu iaitu bersamaan dengan 3.30 pagi waktu Malaysia hari Khamis.... masa diberitahu dalam bentuk grafik di laman web ini....

Selain tuh jugak Mikko Hypponen, pengarah penyelidikan di F-Secure Corporation... sebuah syarikat sofware security computers.... yang berpusat di Helsinki, Finland - tweet mengenai serangan ini pada 4.42am waktu Malaysia pada hari Selasa....

Menurut sebuah laman web berita online... Epoch Times melaporkan bahawa Anonymous memilih negara sasaran berdasarkan input daripada user negara-negara mangsa... Walaupun macam tuh... laporan ada mengatakan group nie menolak kenyataan mengenai ahli Anonymous di Malaysia.



Dalam interview eksklusif bersama group nie oleh Epoch Times... Anonymous mengatakan depa berharap kerajaan Malaysia "Not To Be Happy" dengan serangan ni.... Dalam laporan yang sama... group nie mengingatkan ahli dia untuk ambik bahagian dalam Operation Malaysia dengan menggunakan VPN (Virtual Private Networks) encrypt connection network depa dan transfer data ke lokasi terpencil tanpa dapat diketahui lokasi... Ini akan dapat bantu group ni untuk melindungi identiti para hacker dan lokasi depa...

Serangan portal Kerajaan Malaysia adalah selepas rancangan menyerang portal Kerajaan Turki yang juga diserang oleh kumpulan yang sama atas sebab menyekat internet.... Laporan berita terkini mengatakan Kerajaan Turki sudah tangkap 32 orang yang di katakan sebagai ahli Anonymous... selepas "Operation Turky" yang merosakkan beberapa laman web rasmi kerajaan tuh...

P/S: Boleh ker Kerajaan Malaysia bertahan dengan sekuriti lemah? Ambik contoh www.1pengguna.com yang dilaporkan mudah untuk dihack...

Sumber: Epoch Times, The Star dan Amanz.my...