Aku Semakin Busy: Introducing Project Benzine By Narloo


Lama giler x update blog, semakin rindu dengan blog Dannyrism aku nie... aku busy sangat dengan pelbagai projek-projek termasuk projek aku buat dan projek universiti. Terlalu aktif dalam universiti nie susah jugak... pasif susah jugak... kowt2 aku x dapat bilik next sem... damn!

Semakin hari semakin perit... aku busy dengan nak buat kertas kerja untuk Mentor Rakan Siswa... lagi-lagi projek nie nak jemput TV3 dan TV1... gabungan 3 projek dalam 1... tuh nak buat kertas kerja yang agak perit dan panjang...

Lani pulak busy dengan mengajar kelas untuk budak-budak tingkatan 5 untuk projek Program Merakyatkan Ilmu under cenpris USM Induk... program nie bertujuan untuk beri bantuan kepada anak-anak orang melayu berjaya dalam SPM... Aku teringin nak jadi tenaga pengajar sebab nak beri balik apa yang pernah aku ada kepada anak-anak melayu berjaya masuk U... jadik untuk tuh tiap2 minggu la aku kena buat nota... penat... dah la ajar sejarah... panjang berjela pulak tuh nota...

Tambahan pula, MPP USM meminta bantuan aku untuk membantu depa dalam pembikinan video untuk gimik pembukaan iNesco... Tetiba aku terbabit dengan iNesco.. kuang kuang kuang... aku pun dah bersetuju maka aku pun kena lah buat...







Introducing: Narloo (Codename: Benzine)


Logo terakhir Jadjaz sebelum ditransformasikan kepada  Narloo (September 2009)


Di awal pembinaan Narloo OS selepas BI presentation (3 Februari 2010)

Pelancaran Narloo 2.0 - Narloo ditransformasi sebagai projek website (11 April 2010)


Logo Narloo disebelah kiri - Narlootech logo vlog, vlog pertama Narloo (September 2010)




Logo lama Narloo (Awal 2011 - June 2011)




Logo Baru Narloo dalam Projek Benzine (June 2011)



Selain tuh aku pun mengambil kesempatan semasa cuti untuk lauch project yang aku ingin bangunkan dalam masa 4 tahun dahulu... kalau ikotkan 4 tahun dulu bukan nama Narloo... macam-macam nama dah termasuklah Szonez, DNetworks, Dafliz, Jazjad, Jadjaz dan last skali Narloo... Aku pun nak launch Narloo dan make final dan official name dalam project codename: Benzine... Dinamakan benzine (bukan benzene) sebab projek ni mempunyai 6 cabang utama macam benzene ring... iaitu Content, Community, Apps, Games, Videos dan Marketplace. Dalam projek ni akan memberi manfaat kepada hampir kepada semua orang daripada peminat games, tech, peniaga, pembaca dan banyak lagi... aku dah pun menyatakan hasrat ni awal-awal sebelum cuti sem... nampaknya ada kawan aku menyokong... tapi entah ler nak join ker tidak...

Sebelum mulakan projek nie aku mencari co-founder/business partner untuk projek nie... aku pun hampir kebuntuan sebab ramai yang menolak atas alasan x pernah, x buat website, x pernah blogging... sebenarnya aku yang nak buat website nie... cuma nak suruh blogging jer.... akhirnya aku pun jumpa la Ameera Nadia... kawan aku ni pun bersetuju dan berkeyakinan Narloo boleh membawa pulangan... dengan bantuan dia... Narloo pada awalnya mendapat lagi dua orang yang akan menjadi tulang belakang...

Mereka-mereka ini yang diberi kepercayaan ialah Hafizah Zakaria dan Siti Rodiah... mereka-mereka ini diambil atas kepimpinan depa yang baik dalam Mentor Rakan Siswa... dalam meeting pertama... Ameera Nadia pun cadangkan dekat aku... mereka akan turut sama-sama melabur dalam pembinaan Narloo nie... Nampaknya masa depan Narloo semakin cerah dengan sokongan kawan-kawan aku yang bersungguh-sungguh dalam projek nie... projek nie dah menarik perhatian Amir Muhd... dan Iqbal Norfaizal pun nak join... Alhamdullilah projek nie berjalan lancar setakat nie...

Projek ni pun dibincangkan semula tentang term n condition para pelabur untuk si pemegang jawatan dan posisi dalam boards pre-company... dah ala-ala company yang betul pulak... hehehe... jadik macam nie la susunan jawatan yang dah diperkemaskan...

Narloo Boards Committee

Chief Executive Officer (CEO) / President / Founder: Danny Jafni
- Mengawal segala urusan Narloo termasuk websites, promotion, penjualan dan sebagainya. Buat masa sekarang CEO akan jadi pembina web utama untuk Narloo sebab tiada lagi pelabur dalam pembinaan dan pembangunan web. Jika mempunyai sebarang masalah, CEO akan berbincang dengan Vice President dan keputusan akan dibuat, jika berlarutan... mesyuarat akan dibuat untuk meminta cadangan Narloo committee boards.

Executive Vice President / Co-Founder: Ameera Nadia
- Mengawal dan membantu CEO dalam segala urusan Narloo. Memberi idea, mengurus dan merancang segala perjalanan Narloo. Menjadi ketua kepada semua blogger. Laporan terus kepada CEO.

Executive Director: Hafizah
- Membantu dalam urusan surat menyurat dan merancang perjalanan Narloo. Menjadi salah seorang blogger. Laporan terus kepada CEO atau Vice President

Chief Financial Officer: Siti Rodiah
- Menyimpan wang pelaburan dan mengurus perbelajaan Narloo. CFO juga akan mengurus sumber kewangan daripada advertisement dan marketplace. CFO juga harus membuat laporan keluar masuk kewangan dan dilaporkan terus kepada CEO atau Vice President.

Head of Technical Officer: Iqbal Norfaizal
- Menyusun dan memperbaiki web, applikasi dan games. Akan bekerjasa dengan CEO untuk membangunkan web buat sementara waktu sebelum menemui pembangun web, games dan applikasi. Laporan terus kepada CEO atau Vice President.

Head of Data Management: Amir Muhd
- Menyusun data, isi kandungan, seksyen dan kategori untuk semua kandungan termasuk blog, online games, apps, marketplace, community dan video. Laporan terus dibuat kepada CEO atau Vice President.

Aku blum lagi jumpa mana-mana orang berminat untuk jadi pelabur dan pegang jawatan untuk pembinaan web, applikasi dan games... buat sementara waktu nie aku akan pegang dua kerja la... hehehe... Projek nie akan dimulakan dengan fasa 1 dulu iaitu membuka website dengan content, community dan games. Narloo dirancang akan dibuka pada awal bulan Ogos 2011 (walaupun sebelum ni dirancang akan dibuka pada 3 ogos 2011... masih belum tentu lagi..)... Apa-apa pun harap2 projek ni akan berjalan dengan lancar, berterusan dan berkembang... sesiapa berminat nak tahu perkembangan terkini Narloo... LIKE facebook page Narloo... http://www.facebook.com/narloo