Project: Give Back To School - Perlukan Feedback Anda


Give back to school adalah project baru aku yang akan meliputi seluruh rakyat Malaysia jika berjalan lancar. Belum ada cadangan untuk bila nak memulakan project, cuma baru cadangan kepada pembaca blog ni supaya memberi feedback kepada aku. Wajarkah project nie dijalankan?


Give Back To School adalah project asal dinamakan Narloo Utafiti (bermaksud Narloo Learn) pada 2010. GBTS adalah project sukarelawan kepada orang yang suka mencari dan memberi maklumat didalam internet. Banyak laman web yang memberi soalan-soalan UPSR, SPM dan PMR secara percuma tetapi malangnya website ini kurang terkenal, malah orang lebih suka menggunakan perkhidmatan elearning berbayar. Malang sekali bila anda tidak mampu membayar atau sekadar ingin mencari maklumat tambahan tanpa bayaran untuk diri anda, adik, anak atau sesiapa sahaja yang masih bersekolah.

Project ini tidak perlu untuk anda yang berminat untuk sertai bergerak, malah hanya duduk didepan komputer, taip soalan atau nota dan share kepada penduduk Malaysia tanpa dikenakan sebarang bayaran. Tapi pastikan anda tidak meniru mana-mana hak cipta soalan dari buku-buku atau e-notes.



Kenapa?
Kebanyakkan pelajar-pelajar atau murid-murid di Malaysia mengalami kesukaran untuk mencari nota tambahan atau soalan-soalan tambahan untuk dipelajari. Hal ini menjadi masalah kepada aku sendiri. Dengan adanya project GTBS ini, kita boleh share soalan, nota kita dalam situasi menang-menang.

Bila?
Belum lagi ditentukan bila project ini hendak dimulakan, hanya menanti feedback daripada anda semua.

Siapa?
Sesiapa sahaja boleh menyertai termasuk pelajar U dan para guru yang ingin share nota-nota dan soalan-soalan yang anda tulis. Selain itu, Ibubapa dan pelajar-pelajar sekolah juga digalakkan untuk menyertai.

Dimana?
Anda tidak perlu bergerak, hanya duduk dihadapan komputer dan share nota dan soalan anda.

Masa hadapan?
Jika project ini berjaya, mungkin akan dilakukan kepada pelajar IPTA pula... =)