Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa dijalankan di UTM Skudai oleh Persis (Pembimbing Rakan Siswa UTM) telah mencetus satu kontroversi pada hari terakhir dimana ketua projek menangis semasa memohon maaf kepada peserta Perkampungan PRS. Ini disebabkan perjalanan program ini tidak begitu lancar disebabkan pelbagai masalah. Dari pandangan aku, memang aku sendiri tidak suka dengan kelancaran dan tujuan program ini tapi tetap menyokong Persis untuk menjayakan program ini. Selain itu patutkah korang menangis untuk meminta simpati kepada orang jika anda sebagai ahli PRS?
[AMARAN: Komen aku memang pedih, jika tidak boleh trima, GET OUT! INI BLOG AKU!]
Nie apa yang aku nampak tetang ketidak lancaran program ni...
1. Pendaftaran diberi SATU kunci kepada satu bilik (dua penghuni)
Memang perkara remeh, tapi bila dipikir balik, memang xpatut... aku mengalami satu masalah bila aku dipilih untuk join ceramah pada hari ketiga manakala roomate aku dipilih untuk join explorace, masalah berlaku bila aku x leh kluar untuk bg kunci bilik kepada roomate aku semasa ceramah dijalankan. Roomate aku tetiba jer kena pakai baju penuh tepung untuk mai ke aktiviti seterusnya... macam tuh jugak dengan kawan2 senasib aku... bukan aku sorang ja yang jadik camni...
2. TENTATIF diubah di terima, tetapi MASA DIPERUNTUK tidak diterima
Ini hari2 berlaku... ambil makanan diperuntuk setengah jam pada hari ketiga x salah aku la... 7 pg makan... 7.30 aktiviti... tapi tau ka depa ada 420 orang yang nak makan beratur hampir 15 minit! Kaunter makan cuma ada 2 shj... ini sesuatu memalukan... sepatutnya sama ada banyakkan kaunter makan... atau lanjutkan masa 1 setengah jam... bila lambat tau pulak nak bising... MEMALUKAN BILA AKU BERATUR... MAKAN HABIS BILA SAMPAI KAT AKU... sepatutnya kebajikan makanan harus cukup... aku x makan pada hari ketiga... yang ada nasi lemak sebab makanan x ckup. hari pertama makanan terlebih banyak plak... ades... kalau benda nie hari-hari berlaku... ini bermaksud persis x belajar dari kesilapan pertama...
3. ALASAN 420 Orang susah nak diterima. Mengapa harus sampai 420 orang?
Aku dengar bajet nak seribu orang lebih dalam group rasmi perkampungan... depa "kecewa" dapa 420 orang sahaja... 420 orang memang angka yang banyak dan mungkin tidak terjaga... mengapa sampai nak 420 orang... limitkan benda nie... macam aktiviti dijalankan oleh MPP USM... depa limitkan penyertaan 200 orang untuk tidak berlaku kekecohan seperti ni. Alasan nie x leh trima sbab MAKUMA dan Persis x pikir masalah yang akan dihadapi jika terlalu ramai untuk dikawal
4. "Kami hanya mengikut arahan" - Realistik tapi bleh diterima?
Persis mungkin tidak boleh disalahkan... MAKUMA memberi arahan... satu lagi alasan tidak boleh diterima. ARAHAN DIBERI MAKUMA... PENGURUSAN OLEH PERSIS... perasan tak? masalah utama bukan arahan tetapi pengurusan...! Jika hal ini berlaku di USM... dah lama MRS kena maki...
5. Menangis meminta simpati atau sedih kerana bersalah?
Dalam kaunseling, ahli PRS tidak sepatutnya menangis... dari segi pandangan psikologi orang... macam aku... aku kata... "Nak minta simpati la tuh".... sebab tuh aku x tepuk tangan kepada ketua projek sebab menangis... ini sesuatu perkara memalukan... aku beri sokongan 100% kepada program... berjaya atau tidak... lain crita... tapi menangis kerana kalah? Aku x suka... seolah-olah meminta simpati... juga boleh dikatakan lelaki tuh sendiri lembik... baru ckit dah nagis...
6. SESAT? Bas sesat nak hantar gi khidmat masyarakat?
Semua orang x suka benda nie berlaku... sebab sepatutnya x leh sesat... semua ahli persis harus tunjuk jalan kepada driver dan tahu arah tujuan sebelum program bermula lagi... ada yang sesat sehingga pukul 11.30 baru sampai.. dah sampai x payah wat apa dah... sebab semua dah habis dibuat... sebab nie ada orang kata "Ini tidak adil buat saya yang kerja dari awal pagi"
7. Disebalik Program? Apa yang aku dapat? Nothing... Apa MAKUMA cuba buat nie?
Program Khidmat Masyarakat? Explorace? Mindpower? Teknik belajar? semua yang aku lihat, kerjasama, kerjasama, kerjasama, kerjasama... dimana aspek kaunseling? Aku rasa macam pergi khusus atau kem nak jwab soalan SPM saja... no input dalam nak menjadi ahli PRS yang tulen.
8. PRSK? Wajarkah?
PRSK dah pun dicadangkan beberapa tahun dulu... tapi xpenah menjadik pon... apa MAKUMA nak buat dengan PRSK kali nie? Sepatutnya Penubuhan PRSK (Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan) tak boleh dicampur aduk dalam program nie... sediakan satu hari... hantar bukan wakil! tapi sekreteriat MT setiap Universiti... baru betul... bukan wakil dua orang... macam mana dengan USM yang ada dua campus dan dua cawangan PRS? macam x adil...
9. "Aku tahu korang kata ni lah program yang worst korang join, AKU SENDIRI PUN MENGAKU" - Kata Fasi Perempuan daripada PERSIS - AKU BENCI POMPUAN X SEDAQ DIRI NIE
X yah kawan dah dengan perempuan nie atau BUANG TERUS dari PERSIS... dia umpama ulat busuk dalam PERSIS... sepatutnya dia menyokong program bukan mengaku plak kata benda nie worst... ini dah menampakkan kelemahan dalam pengurusan program. Memang orang kata depan2... biarla... jgn marah orang... sebab kesalahan diri sendiri... sebaliknya anggap itu sebagai cabaran... beri sokongan kepada fasi dan pengurusan program... bukan mengutuk balik... kalau di USM... ahli MRS macam nie dah kena kaunseling dengan BHEPP dah... kejam tul USM.
10. Kalau x mahu POLITEKNIK kecik hati... mengapa bawak politeknik? PRSK dibuat untuk U shj... mengapa harus di sebut satu-satu depan politeknik? MAKUMA ker punya kerja?
Menangis lagi pasal benda nie... ades... salah MAKUMA jugak... sepatutnya kalau program ni berkait dengan PRSK... x patut jemput politeknik... sebab akan jadik masalah macam kecil hati la... aku bukan nak kecilkan politeknik... tapi ini program besar... bleh jadik kecoh kalau x dibuat betul2... PRSK harus disediakan satu hari khas kepada wakil U... bukan dibuat bersama program nie... ini membuatkan pelajar politeknik tertanya-tanya... adakah kami diperkecilkan? ditepikan? dipijak? kan dah jadik masalah... lama-kelamaan... akan jadi masalah besar dalam PRSK...
banyak lagi aku x puas hati... bukan aku sorang... tapi itulah.. walaupun aku bukan ahli persis... aku x bersifat macam perempuan tuh... aku tetap sokong walaupun ada benda x puas hati... cuma apa yang aku list... TOLONG JANGAN BUAT LAGI.... satu kesilapan dalam segi kaunseling dan prs sendiri... kita hanya merancang, tetapi tuhan hanya menentukan... tapi tahukah korang siapa yang mengubah diri kita untuk berusaha daripada melakukan kesilapan? Tuhan ka? Ingat la benda tu...!