Nicole Scherzinger dan Cheryl Cole dah pun dari awal menjadi bualan media dunia tentang pemilihan Simon Cowell mengenai juri dan pengacara XFactor US. XFactor berasal daripada UK merupakan program realiti seperti America Idol yang di asaskan oleh syarikat Simon Cowell sendiri. Pada 2010, contract Simon Cowell bersama American Idol pun habis dan tiba masanya Simon Cowell membawa rancangan program realiti tv sendiri.
Berkonsepkan nyanyian, XFactor memang sangat-sangat terkenal di UK. Nicole Scherzinger merupakan juri jemputan untuk XFactor UK dan dilamar oleh Simon untuk menjadi pengacara XFactor US bersama-sama dengan Steve Jones.
Cheryl juga dipilih juri tetap XFactor US yang juga juri tetap XFactor UK, yang akan bertugas bersama-sama dengan Paula Abdul, Reid dan Simon. XFactor US akan keudara bermula september ini di saluran FOX US.