Chupacabra adalah singkatan bagi "Chupar" - untuk menghisap dan "cabra" - kambing atau disambungkan menjadi penghisap kambing (goat sucker) dikatakan seekor haiwan penghisap darah di benua Amerika. Haiwan ini lebih gemar menghisap darah haiwan hidup sehingga mati terutamanya kambing. Tetapi pada Julai 2010 yang lalu, mitos ini diselesaikan selepas haiwan dikatakan cupacabra ditembak mati.
Lakaran cupacabra asal yang dikatakan juga mempunyai kaitan dengan alien invasion |
Serangan pertama berlaku di Puerto Rico pada Mac 1995. Didalam serangan, 8 ekor kambing mati dengan kesan luka didada dan bahagian leher dan didapati semua haiwan hampir 100 peratus tiada darah. Selepas beberapa bulan kejadian, Madelyne Tolentino melaporkan melihat sebanyak 150 haiwan ladang ternakan dan peliharaan mati di sebuah bandar bernama Canovanas di Puerto Rico.
Pada tahun 1975, pembunuhan yang sama berlaku di sebuah bandar kecil di Moca, yang membawa kepada sejenis vampire digelar "The Vampire of Moca". Suspek pertama dikatakan bahawa ia adalah ini berkaitan dengan saitan. Kemudian beberapa lagi kematia haiwan yang sama dilaporkan dia pulau itu dengan kesan lubang pada leher haiwan yang mengeringkan darah haiwan tersebut.
Chupacabra dilaporkan dilihat pada 2004 sehingga 2009 di sekitar benua amerika, ada yang melaporkan bahawa mereka ternampak seekor anjing tanpa bulu dan bermulut panjang menyerang ternakan hidup mereka. Pada 2009, CNN melaporkan seekor bangkai haiwan ditemui bahawa yang yang ditemui itu adalah chupacabra.
Bangkai Chupacabra yang ditemui |
Selepas dikaji, Chupacabra merupakan haiwan hibrid kepada serigala dan coyote. Makanan mereka ni ialah darah dengan menghisap darah haiwan yang hidup sehingga mati. Pakar analisis haiwan berkata apa yang berlaku di Puerto Rico adalah benar-benar berlaku dan chupacabra yang digambarkan dalam majalah dan tv adalah cuma mitos fiksyen daripada filem.
Biologist and Wildlife Management Official menyatakan bahawa mitos Chupacabra merupakan "Contemporary Legend".